Penjawat awam ditahan berkaitan kes curi barang mangsa

Penjawat awam ditahan berkaitan kes curi barang mangsa tragedi tanah runtuh

S SASIKALA Devi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian membabitkan barang milik mangsa kes tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu. 

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam. 

 “Dalam tangkapan itu, kami juga merampas barang dipercayai milik mangsa (kes tanah runtuh). 

 “Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam  sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima dua laporan polis mengenai kehilangan barang milik mangsa kes tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting, di sini, pada 16 Disember lalu. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya terkesan dengan satu hantaran berhubung isu tular di Facebook yang dipercayai dikeluarkan oleh salah seorang ahli keluarga mangsa. 

Katanya, hantaran ahli keluarga mangsa itu turut menyatakan terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch N Go milik mangsa tragedi berkenaan. 

Menurutnya, dua laporan polis berhubung isu tular berkenaan diterima pihaknya pada 2.47 petang pada 1 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya