Pengusaha restoran disaran guna tenaga kerja sambilan - Rafizi

Pengusaha restoran disaran guna tenaga kerja sambilan – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan peniaga dan pengusaha restoran disaran menggunakan khidmat tenaga kerja sambilan berbanding pekerja tetap dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) bagi menangani cabaran kesan kenaikan kos lain sehingga memberi impak kepada harga akhir yang ditawarkan kepada pengguna.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenaikan kos sampingan lain seperti kos pekerja terpaksa ditanggung pengusaha restoran akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Kata beliau, ia antara beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya iaitu potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan (gig workforce).

“Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstrukturkan kembali ekonomi negara.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi pada masa sama menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan dan minuman.

Menurut beliau, sebagaimana perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, walaupun inflasi bagi Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran dan hotel adalah satu-satunya kategori harga yang masih belum mereda.

Ia mengalami kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7 peratus bulan sebelumnya.

Katanya, pandangan Jawahar itu adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga lebih baik berbanding pesaing-pesaing.

Ini kerana, kata beliau, usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama di samping usaha meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu pengguna membeli dari kedai harganya lebih seiring dengan harga purata setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya