Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ugut polis - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ugut polis

MUHAMAD Hafidz Azrul Mat Nizan (dua, kiri) yang dituduh membuat ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan membuat ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis melalui aplikasi WhatsApp pada Disember tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Muhamad Hafidz Azrul Mat Nizan, 25, di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Othman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar telah memulakan serta membuat penghantaran komunikasi yang bersifat mengancam dengan niat mengugut mangsa dan orang lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 November sehingga 24 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika sabit kesalahan, Muhammad Hafidz Azrul boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamuldin manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya