Pengarah syarikat rasuah wang, tiket penerbangan ditahan SPRM

Pengarah syarikat rasuah wang, tiket penerbangan ditahan SPRM

PENGARAH syarikat ditahan reman SPRM memberi rasuah bernilai RM40,000 di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat kerana dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang perbelanjaan dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi.

Menurut sumber, pengarah syarikat tersebut yang berumur lewat 40-an itu dipercayai memberi rasuah sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikatnya.

Beliau berkata, pengarah syarikat yang ditahan itu turut dianugerahkan projek berkaitan teknologi berjumlah kira-kira RM2 juta.

“Beberapa pegawai agensi keselamatan tersebut juga disyaki bersubahat dengan suspek dalam mengagihkan kontrak-kontrak berkenaan kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 hingga 2020.

Suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini dan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap suspek bermula hari ini sehingga 3 Februari.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya