Pengarah Bahagian kementerian minta rasuah bulanan dari kontraktor direman SPRM

Pengarah Bahagian kementerian minta rasuah bulanan dari kontraktor direman SPRM

SPRM menahan reman tiga individu termasuk seorang Pengarah Bahagian sebuah kementerian berpangkat Datuk di Mahkamah Majistret, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang Pengarah Bahagian sebuah kementerian berpangkat Datuk kerana disyaki menerima wang rasuah secara bulanan dengan jumlah besar daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di kementerian tersebut.

Selain Pengarah Bahagian itu, dua lagi yang ditahan merupakan seorang perunding projek dan seorang pengarah syarikat binaan. 

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40an berkenaan ditahan di sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 11 pagi hingga 9 malam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, wang rasuah tersebut merupakan bayaran daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh kementerian terlibat sebagai balasan untuk mempercepatkan proses bayaran tuntutan, membantu meluluskan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) dan Lanjutan Tempoh Masa (Extension of Time) projek.

Kata sumber tersebut, suspek juga dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barangan mewah untuk kegunaan peribadi.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari kepada Pengarah Bahagian tersebut manakala dua lagi suspek selama tiga hari bermula hari ini setelah pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya