Penduduk puas hati pemandu disaman RM1,000  - Utusan Malaysia

Penduduk puas hati pemandu disaman RM1,000 

Penduduk saman
ANGGOTA penguat kuasa mengeluarkan saman terhadap kereta yang diletakkan dekat kawasan padang di Taman Eng Ann di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penduduk setempat di Taman Eng Ann dilihat berpuas hati dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) apabila mengenakan kompaun sehingga RM1,000  terhadap pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan dekat padang Dewan Eng Ann, semalam.

MPK dalam kenyataannya berkata, penduduk memberi reaksi positif terhadap tindakan penguat kuasanya apabila menganggap tindakan pengguna jalan raya itu sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kompaun yang dikenakan MPK mendapat reaksi positif penduduk setempat yang menganggap tindakan pemilik  yang meletakkan kenderaan di atas padang awam sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan kerosakan di padang kediaman mereka,” katanya.

Terdahulu, 30 pemilik kenderaan mempersoal tindakan MPK yang mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kerana meletakkan kenderaan mereka di padang berkenaan.

Mereka meletakkan kenderaan itu selepas menghadiri pertandingan Taekwando di dewan berkenaan yang dianjurkan peringkat daerah.

Dalam pada itu, MPK turut menggesa orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing di lokasi disediakan bagi mengelakkan tindakan kompaun atau tunda dikenakan.

Menurutnya, merujuk kepada kawasan perumahan, taman bunga, kawasan lapang, lorong pejalan kaki, lorong basikal, taman rekreasi atau hiburan mahupun padang permainan.

“Ia juga membabitkan bulatan lintas, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, rizab jalan, sungai, anak sungai, tebing sungai atau sebarang tanah yang diselenggarakan oleh MPK,” jelasnya.

Katanya lagi, penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Taman (UUK) adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya