Pemuda dikhuatiri lemas tergelincir ketika menjala - Utusan Malaysia

Pemuda dikhuatiri lemas tergelincir ketika menjala

LOKASI Muhammad Zuhaily Roslan dikhuatiri lemas selepas tergelincir sebelum dibawa arus laju di Sungai Hulu Paka, Dungun, Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

DUNGUN : Hasrat dua orang rakan yang keluar menjala ikan di Sungai Hulu Paka, berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Muhammad Zuhaily Roslan, 21, yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka, dekat sini dipercayai tergelincir sebelum dibawa arus laju.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.47 petang sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. 

“Difahamkan mangsa yang ke sungai berkenaan untuk memukat ikan tergelincir ketika melintasi sungai tersebut manakala rakannya pula terselamat,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. 

Azman berkata, operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan dalam usaha mengesan mangsa dengan menggunakan bot dan bantuan unit Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba Chukai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya