KUALA TERENGGANU: Kedai Kopi Buruk. Itulah nama sebuah kedai makan yang agak lucu dibuka di Kampung Wakaf Beruas di sini, pada 14 Januari lalu. Kedai makan tersebut diusahakan oleh seorang peminat barang antik, Ahmad Zulhisyam Awang, 35. Menurutnya, nama kedai itu diberikan kerana dia gemar mengumpul barangan lama yang mempunyai nilai sentimental sebagai koleksi peribadi. Katanya, ramai dalam kalangan pelanggannya tertanya-tanya mengenai rahsia di sebalik nama Kedai Kopi Buruk itu. “Nama kedai itu asalnya saya guna ketika berniaga secara jalanan menggunakan kenderaan antik, Volkswagen dengan menjual minuman di Pantai Batu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya