Pemimpin UMNO bebas pertuduhan diseru saman Tommy Thomas - Utusan Malaysia

Pemimpin UMNO bebas pertuduhan diseru saman Tommy Thomas

ASYRAF Wajdi menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang bebas daripada pertuduhan mahkamah diseru supaya bersepakat menyaman bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat gesaan tersebut bagi mengembalikan reputasi dan maruah UMNO yang tercalar berikutan pendakwaan berkenaan.

“Sekali lagi Pemuda UMNO mahu kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengambil tindakan keras atas segala pendedahan Tommy Thomas.

“Pemuda UMNO juga ingin mencadangkan agar semua pemimpin-pemimpin UMNO yang telah dibebaskan oleh mahkamah agar bersepakat menyaman Tommy Thomas,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini.

Katanya, tindakan Tommy itu jelas memberikan kesan jangka panjang terhadap UMNO.

“Beliau hanya memalukan dan merosakkan reputasi UMNO dengan pendakwaan politik terpilih.

“Biar menjadi pengajaran bahawa Melayu UMNO ini bangsa yang tidak pernah tunduk kepada ugutan, tidak mengemis belas kasihan, tidak melutut kepada kezaliman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya