Pemilihan dua jawatan tertinggi UMNO dibuat menerusi PAU 2022

Pemilihan dua jawatan tertinggi UMNO dibuat menerusi PAU 2022

Kemenangan calon-calon dalam pemilihan UMNO minggu lalu tidak sewajarnya dikaitkan dengan kem tertentu kerana keputusannya ditentukan oleh 160,000 perwakilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketetapan yang dibuat menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak ada pertandingan jawatan bagi Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak menyalahi Perlembagaan parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber pakar undang-undang memberitahu, malah, ketetapan usul yang dibuat tidak memerlukan pindaan Perlembagaan parti itu kerana pemilihan jawatan berkenaan masih berlaku untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Cuma, jelas beliau, usul tersebut bermaksud untuk mengekalkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden melalui proses pemilihan tanpa  dicabar demi menjaga kestabilan parti.

Katanya, usul tersebut juga tidak asing dalam mana-mana parti politik dan tidak boleh dianggap menghalang proses demokrasi memandangkan usul itu sendiri dibuat secara demokrasi oleh ahli perwakilan yang hadir.

Beliau menjelaskan, proses pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden masih perlu dilaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan UMNO, namun jika tiada proses pemilihan, bagaimana Ahmad Zahid dan Mohamad boleh terus memimpin UMNO bagi penggal baharu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Kata beliau, usul tersebut hanya memutuskan tiada calon lain yang boleh bertanding jawatan tersebut untuk memberikan laluan kepada Ahmad Zahid dan Mohamad menang tanpa bertanding.

Mana-mana ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan tersebut masih boleh menawarkan diri tetapi tindakan tersebut boleh dianggap melanggar usul PAU.

“Dari segi undang-undang pemilihan tetap berlaku dan usul tersebut tidak wajar dipertikai kerana dibenarkan Pengerusi Tetap dan dipersetujui secara majoriti oleh ahli Perwakilan. Dari sudut proses itu adalah budi bicara Pengerusi Tetap.

“PAU sebagai kuasa tertinggi dalam UMNO memutuskan pemilihan presiden dan timbalan presiden hanya menerima pemegang jawatan sedia ada sebagai calon, itu juga proses demokrasi.

“Perlembagaan pertubuhan mesti dipatuhi. Kalau semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut dan Pengerusi Tetap bersetuju, maka prosesnya betul. Kalau Pengerusi Tetap nak tolak usul juga dibolehkan dengan berpandukan peruntukan yang sama dalam Perlembagaan UMNO,  tetapi dalam kes ini, Pengerusi Tetap melihat ada asas untuk menerima usul tersebut untuk dibahaskan dan diundi,” katanya di sini semalam.

Sumber berkata, ada eloknya  ketetapan yang dibuat oleh PAU itu dihormati kerana itu merupakan hasrat majoriti ahli pewakilan.

Walaupun mereka yang berhasrat untuk menjadi calon Presiden dan Timbalan Presiden masih boleh melobi di bahagian untuk dicalonkan, namun katanya, mereka yang berbuat sedemikian akan terdedah dengan tindakan tatatertib parti kerana melanggar ketetapan PAU.

Katanya, pada peringkat ini, maka ia boleh dilihat dari segi undang-undang sama ada tindakan melanggar ketetapan PAU adalah sah atau sebaliknya, sama ada  mahkamah menjadi forum akhir itu terpulanglah kepada calon yang mengidamkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Adakah Mahkamah perlu campur tangan dalam hal dalaman parti dan keputusan disiplin parti juga satu isu yang menarik untuk diperhatikan.

“Kalau ada calon lain bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak bersetuju dengan ketetapan PAU itu, mereka boleh menawarkan diri bertanding, ini sudah pasti mengundang  tindakan tatatertib, dan sama ada keputusan lembaga disiplin itu akan disemak oleh mahkamah atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya