Pemecatan saya tak adil - KJ

Pemecatan saya tak adil – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan pemecatannya daripada UMNO adalah tindakan yang tidak adil daripada pucuk pimpinan parti tersebut.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, kritikannya terhadap pimpinan parti itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah untuk meraih sokongan pengundi kepada parti tetapi sebaliknya itu menjadi alasan beliau dipecat.

Katanya, kritikan yang dilemparkan itu juga bukan bertujuan menentang UMNO atau ahli parti tersebut sendiri tetapi lebih kepada pimpinan.

“Saya rasa ia (pemecatan) tidak adil langsung, saya cuba untuk menjelaskan bahawa UMNO ada masa depan yang lebih baik. Saya cuba menjadi wakil kepada generasi baharu yang mahu memulihkan dan reformasi parti.

“Saya tak rasa mesej positif itu dengan memahami pandangan pengundi terhadap UMNO yang mahu kredibiliti parti dipulihkan semula adalah sesuatu perkara negatif. Perlu juga ingat bahawa saya bertanding di kawasan bandar, iaitu kawasan sukar untuk kita sejak bertahun lamanya,” katanya dalam temubual dalam rancangan The Breakfast Grille dikendalikan saluran radio BFM.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Khairy dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Su­ an Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dilaporkan berkata, strategi Khairy menyatakan ‘UMNO sesat’ semasa menjalankan aktiviti berkempen PRU15 di Parlimen Sungai Buloh telah mengorbankan calon-calon parti di Parlimen lain.

Sementara itu, melalui pertemuan Mingguan Malaysia bersama bekas Menteri Kesihatan itu baru-baru ini juga menyatakan beliau tidak akan membuat rayuan memandangkan beliau dibuang tanpa mengikut proses yang adil dan menegaskan dirinya hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Apabila saya sudah dipecat, sudah pasti perlu fikir tentang masa depan politik, apakah langkah seterusnya. Ada yang kata minta buat rayuan tetapi saya tidak yakin dengan undang-undang ‘rimba’ dipakai oleh Presiden.

“Pemecatan pun dibuat tanpa mengikut proses betul, jadi saya tak yakin jika hantar rayuan pun ia akan dilayan dengan adil, saya rasa buang masa sekiranya membuat rayuan kalau ini cara dia buang saya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya