Peluang penyokong saksikan import baharu Perak FC - Utusan Malaysia

Peluang penyokong saksikan import baharu Perak FC

CHRISTIAN Obiozor (kanan) memeterai perjanjian dengan Perak FC baru-baru ini. - UTUSAN/PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyokong pasukan Perak berpeluang menyaksikan pemain import baharu, Christian Obiozor beraksi apabila pasukan itu mengadakan perlawanan ujian dengan UiTM FC di Stadium Perak di sini hari ini.

Obiozor, dari Nigeria menjadi anggota baharu Perak FC selepas memeterai perjanjian dengan pasukan The Bos Gaurus baru-baru ini.

Selain penyerang berusia 29 tahun itu, penyokong juga akan dapat melihat kelibat pemain-pemain baharu pasukan Kejor Yob Kejor.

Perak FC mengikat beberapa pemain muda dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam saingan Liga Super musim ini.

Perak mengekalkan dua import tahun lalu iaitu Sunday Afolabi dan Luciano Guachochea apabila kedua-dua pemain itu mengikat kontrak tambahan selama dua tahun bersama Perak FC.

Bagaimanapun Perak FC tidak menyambung khidmat penyerang Croatia, Stipe Plazibat.

Justeru, perlawanan dengan UiTM FC hari ini pentas terbaik buat Ketua jurulatih Lim Teong Kim menguji keupayaan mereka.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, Perak menumpaskan Young Singh Hatyai United dan Seri Manjung FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya