Pelawak Indonesia jadikan reban ayam lokasi gambar kahwin

Pelawak Indonesia jadikan reban ayam lokasi gambar kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bagaikan mahu mencipta kelainan, pelawak Indonesia, Tretan Muslim, 31, memilih reban ayam sebagai lokasi penggambaran foto perkahwinannya.

Lengkap berbusana biru bersama isterinya, Rynda Ryzqi, potret tersebut kelihatan menyerlah dengan pemandangan reban ayam di belakang mereka, lapor Suara.com.

Rata-rata pengguna media sosial memuji usaha tersebut yang dianggap sebagai kelainan, selain kos lebih menjimatkan.

Malah, pasangan itu juga dipuji kerana sanggup mengetepikan bau busuk semata-mata mendapatkan gambar luar biasa.

Tretan atau nama sebenarnya, Aditya Muslim mempunyai 1.6 juta pengikut di Instagram.

Pelawak popular ini berasal dari Madura dan pernah bekerja di hospital di Surabaya.

Tretan kerap mempersembahkan naskhah komedi mengenai keunikan yang terdapat di kawasannya seperti besi.

Namanya pernah terpalit kontroversi selepas memuat naik video di YouTube mengenai cara memasak daging babi sehingga didakwa mempermainkan agama Islam menerusi gurauan yang ditampilkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya