Pelajar tergelincir dalam tasik ditemui mati lemas

Pelajar tergelincir dalam tasik ditemui mati lemas

MAYAT pelajar lemas di sebuah tasik di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil di Baling ditemui pada petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang pelajar sebuah sekolah agama ditemukan mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tasik di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Absyar Roslan,16, dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik tersebut.

Insiden berlaku ketika mangsa sedang bermain dengan beberapa pelajar lain di lokasi kejadian yang terletak berhadapan Sekolah Maahad Al-Iman.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.28 pagi.

“Sebaik menerima maklumat, kita menggerakkan pegawai dan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani ke lokasi.

“Selepas melakukan operasi menggunakan teknik ‘graping iron’ dan pencarian di permukaan air, mayat mangsa ditemui pada pukul 2.18 petang di dasar tasik,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa dijumpai berdekatan tempat dia dipercayai tergelincir sebelum tenggelam, Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya