Pelajar lelaki terjun bangunan sekolah belum sedarkan diri

Pelajar lelaki terjun bangunan sekolah belum sedarkan diri

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelajar lelaki yang cedera parah selepas terjun dari bangunan sekolahnya pada Jumaat lalu masih belum sedarkan diri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang memberitahu, P

Menurutnya, pelajar itu mengalami patah tulang pinggul, peha kiri dan tangan kanan selain rahang patah serta luka di rahang.

“Selain itu, kami juga sudah merakam percakapan tujuh saksi iaitu dua guru dan lima pelajar,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya sejak dimasukkan ke hospital itu empat hari lalu.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.

Difahamkan, pelajar berkenaan dilaporkan pernah mengalami kemurungan ketika berada di sekolah malah, turut mengikuti beberapa sesi bimbingan dan kaunseling dari pihak sekolah.

Pihak sekolah juga memaklumkan, pelajar itu juga pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Serdang kerana memakan ubat panadol sebanyak 38 biji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya