Pelaburan pendidikan harus tumpu pembangunan awal kanak-kanak

Pelaburan pendidikan harus tumpu pembangunan awal kanak-kanak

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk murid darjah satu bagi sesi 2024 akan mula diagih setelah mereka memasuki persekolahan pertengahan Mac ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaburan dalam pendidikan seharusnya bermula daripada peringkat pembangunan awal kanak-kanak dan ia memerlukan peruntukan yang besar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jika aspek itu dapat dilakukan dengan baik, maka ia memudahkan usaha mengumpul bukti, analisis dan data bagi menghalang masalah keciciran pelajar.

Beliau yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, data amaran awal itu juga penting bagi membangun dan melaksanakan intervensi yang disasarkan dan mengurangkan kemungkinan pelajar tercicir.

“Ia juga dapat memastikan isu kemiskinan yang mempunyai kesan langsung pendidikan anak-anak dapat ditangani dengan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan sempena Hari Pendidikan Antarabangsa 2023, hari ini.

Katanya, Malaysia kini sedang menghidupkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi mengumpul idea dan tindakan dengan matlamat meningkatkan pendidikan negara.

Fadhlina berkata, beliau menyedari bahawa kejayaan dalam pembelajaran digital harus disokong oleh guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam IT.

Menurutnya, pendidikan masa depan memerlukan guru dan pelajar dilengkapi dengan celik digital dan kecekapan untuk menyediakan mereka dengan pendidikan kalis masa hadapan dengan lebih baik.

“Dalam hal ini, adalah penting untuk menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi dan badan antarabangsa untuk meningkatkan kecekapan digital mereka.

“Pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh diketepikan dan pendidikan juga adalah penting untuk pembangunan masyarakat yang mampan, adil dan harmoni,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Fadhlina berkata, Malaysia menggesa komitmen global dalam meningkatkan perpaduan sosial serta membantu mempercepatkan
Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) – Pendidikan 2030.

“Matlamat itu antara lain menggariskan supaya tumpuan lebih banyak diberikan kepada golongan muda, mengutamakan pelaburan dalam komponen teras pendidikan dan untuk memastikan tiada kanak-kanak tertinggal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya