PAU2022: Ahmad Zahid, Tok Mat tak masuk campur usul

PAU2022: Ahmad Zahid, Tok Mat tak masuk campur usul dua jawatan tak dipertandingkan

pau2022
TIGA ketua bahagian dan seorang pemangku ketua bahagian UMNO di Melaka dijangka dicabar dalam pemilihan parti peringkat bahagian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usul dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan adalah usul yang tulen dan diterima untuk dibahaskan tanpa sebarang campur tangan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ketika ini.

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung UMNO 2022, di sini.

“Kami terkejut dengan (usul) tambahan, Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan) berdiri, tetapi saya tarik dia turun supaya dia tak patut masuk campur,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, tindakannya berdiri itu diambil secara tidak sedar selelas melihat perwakilan berdiri untuk menyokong usul itu.

“Pengerusi Tetap minta perwakilan berdiri dan saya berdiri sebab tak sedar (berdiri untuk sokong usul tambahan), jadi bila berdiri itu baru saya sedar dan Presiden cepat-cepat tarik saya (duduk) semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya