PAU medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda

PAU medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda

MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung ketika ini merupakan medan terbaik untuk mengupas kegagalan UMNO memikat pengundi muda sehingga golongan itu semakin menjauhkan diri daripada parti berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ini terutama dua sayap parti itu iaitu Pemuda dan Puteri yang bertanggungjawab dalam mendekati orang muda, tetapi majoriti golongan itu seolah-olah tidak lagi berminat dengan parti berkenaan.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, perhimpunan itu juga sebagai platform kepada setiap perwakilan untuk menghantar mesej dan isyarat jelas tentang apa yang disuarakan rakyat bukan sahaja ahli parti untuk didengari kepimpinan, malah perlu diberikan penjelasan tentang apa yang dilakukan sepanjang selepas PRU15.

Beliau berkata, persoalan sebenar faktor penolakan anak muda perlu dibangkitkan apakah sebenarnya kemahuan mereka, adakah menolak kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau mahukan muka baharu sebagai pemimpin yang mampu menerajui UMNO segera.

“Anak muda bukan saja mahu hidup atas dasar perjuangan semata-mata tapi mahukan kepimpinan yang ada wawasan, idea dan mampu untuk mengubah kehidupan mereka.

“Ia tidak hanya terikat dengan mimpi-mimpi perkauman yang boleh menyekat kepada proses pembaharuan memperkasakan semula UMNO agar terus berdaya saing dalam arena politik Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengakui kelemahan parti itu meyakinkan pengundi muda menjadi antara punca ia mencatat keputusan buruk pada PRU15.

Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias berkata, ‘post-mortem’ sedang dilakukan untuk mencari strategi baharu bagi mengembalikan semula sokongan segmen berkenaan.

Dalam pada itu, Mohammad Tawfik berkata, perwakilanperlu dibenarkan berbahas secara terbuka demi menyampaikan pandangan mereka tanpa ada sekatan atau menentukan hanya perwakilan yang sealiran kepimpinan parti sahaja berucap.

Katanya, ruang itu perlu turut dibuka kepada mereka yang kritikal terhadap kepimpinan parti supaya dapat memberikan input yang baik kepada parti kerana pemimpin datang dan pergi tetapi parti akan terus kekal.

“Dan yang mengekalkan kehidupan perjuangan parti itu sebenarnya perwakilan yang memamhami apa yang dirasakan oleh akar umbi sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya