PAU 2022 : Sekarang mereka bakal jadi Kluster Mahkamah - Utusan Malaysia

PAU 2022 : Sekarang mereka bakal jadi Kluster Mahkamah

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Dahulu mereka cakap UMNO Kluster Mahkamah, sekarang mereka bakal jadi Kluster Mahkamah.’

Demikian reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap pernahanan seseorang individu berhubung siasatan penyalahgunaan dana awam melebihi RM90 billion baru-baru ini.

Katanya, UMNO mendesak mereka terlibat diambil tindakan dengan segera.

“Kita juga mendengar desakan dan tuntutan agar audit forensik terhadap perjalanan kerajaan sebelum ini dilakukan. Ketirisan yang berlaku perlu disiasat segera. Punca ketirisan mesti disiasat. Agensi penguatkuasaan mesti  mengambill tanggungjawab. Ini adalah harapan rakyat dan menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan harapan ini ditunaikan.

“Perkembangan muktakhir, menyaksikan berlakunya penahanan seseorang berhubung siasatan penyalahgunaan dana awam melebihi RM90 billion, adalah permulaan yang baik. Mungkin banyak lagi, ramai lagi ia satu permulaan baik, ia adalah isyarat yang jelas akan komitmen kerajaan untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab. 

“Prihatin atau bersih, sama-sama kita tunggu. Apakah prihatinnya demi rakyat atau anak menantu? Bersihnya pula apakah kepada pulangan komisyen yang diperolehi. Sama-sama kita nantikan,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya