Hishammuddin sedia bertanding pemilihan parti

PAU 2022 : Hishammuddin sedia bertanding pemilihan parti

HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan hasrat yang beliau bersedia untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci bagi jawatan apa, ahli parlimen Sembrong itu bagaimanapun menunggu keputusan perwakilan bagi menentukannya.

“Kita kena tunggu mesyuarat PAU kali ini, dan kalau sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang.

“(Jawatan apa?) ‘kena tunggu ada pertandingan atau tidak,” katanya selepas ucapan dasar Presiden parti di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

Hishamuddin dalam masa yang sama turut mengulas kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaafkan 10 ahli parlimen UMNO yang dikatakan pembelot kerana menyokong kerjasama dengan Perikatan Nasional, namun tidak melupakannya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada presiden kerana memaafkan 10 ahli parlimen katanya pengkhianat tetapi sehingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat, dan saya cukup yakin bahaya apa yang telah berlaku tak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti,

“Apa disebut ahli parlimen Jelebu semalam, saya setuju sangat, itu sebenarnya fakta dan kalau sekiranya merupakan sesuatu yang perlu saya sahkan, kalau mereka nak ambil tindakan, ambillah.

“Tidak ada benda yang saya perlu bimbang, kerana kita konsisten sebelum ini kerana peringkat awal usaha nak bersama-sama dengan PH bercangah dengan pendirian parti sendiri kita buat Akuan Bersumpah berkenaan tetapi bila parti sudah buat keputusan, kita berkecuali. Bila tuanku titah kita setuju wujudkan kerajaan perpaduan, kita pun anggap itu kehendak parti kita setuju, jadi dimana penghianatannya?” soalnya lagi.

Berikutan itu, Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar hentikan perbalahan dan melihat strategi ke hadapan dalam menentukan hala tuju parti.

“Saya nak ingatkan semua pihak lah, orang ramai di luar sana sudah mual, bosan dengan cara kita berbalah, bertelagah, menuduh sesama kita kerana penting untuk parti lihat kehadapan, kita akan berhadapan dengan pilihan raya negeri, kita sudah kalah dalam PRU.

“Saya harap apa yang kita dapat bincangkan dalam perhimpunan Agung tahun ini ialah hala tuju dan cara bagaimana dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan, itu lebih baik dari hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran berbalah sesama kita, tuduh menuduh sesama kita, serang menyerang sesama kita. Sedarlah, cukup-cukuplah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, amaran presiden terhadap 10 pengkhianat itu adalah wajar bagi mengukuhkan kerjasama dalam parti. 

“Saya rasa adalah wajar kerana dalam keadaan kita menerima hakikat UMNO yang bukan lagi kuat dan kukuh seperti dahulu yang paling utama untuk parti ialah mesti ada bersepakatan dan kerjasama dalam ni. 

“Saya percaya semua itu akan melalui proses bukannya dilakukan dengan cara semberono dan jika supaya diberikan keadilan kepada semua,” ujarnya lagi. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya