PATI ditahan bekerja di sangkar ikan tanpa dokumen sah - Utusan Malaysia

PATI ditahan bekerja di sangkar ikan tanpa dokumen sah

SEORANG PATI warga Myanmar ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di atas sebuah sangkar ikan di perairan Sungai Udang, Pulau Pinang semalam kerana tiada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri di atas sebuah sangkar ikan semalam kerana tiada memiliki dokumen pengenalan diri.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, anggota penguat kuasa bot ronda Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah sangkar ikan di kawasan Sungai Udang di kedudukan 50 kilometer barat Batu Kawan, kira-kira pukul 5.30 petang semasa melaksanakan rondaan.

”Hasil pemeriksaan mendapati, seorang pekerja sangkar Aung Myint Thu, 17, yang merupakan warga Myanmar gagal mengemukakan atau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

”Pekerja sangkar terbabit kemudian ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 di bawah kesalahan tiada mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

”Maritim Malaysia menasihati pemilik sangkar ikan mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

”Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya