Pastikan Harimau Malaya tidak bolos di Bangkok

Pastikan Harimau Malaya tidak bolos di Bangkok

SHARUL Nazeem (kanan) beraksi cemerlang bersama Harimau Malaya ketika menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Nsional Bukit Jalil semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Harimau Malaya, Sharul Nazeem Zulpakar tidak kisah sekiranya dirinya tidak diturunkan pada perlawanan separuh akhir kedua dan menyerahkan keputusan itu kepada ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Menurut Sharul Nazeem yang lebih dikenali sebagai ‘Afro’, apa yang penting adalah Malaysia berjaya untuk layak ke perlawanan akhir selain berharap mana-mana pemain yang mendapat kepercayaan Pan Gon memberikan yang terbaik di atas padang.

“Kita perlu recover dengan cepat selepas perlawanan malam ini (semalam) kerana perlawanan seterusnya hanya dalam masa tiga hari saja. Memang sangat penat, tapi kita perlu kekal bersedia. Sesiapa saja yang diturunkan pada perlawanan seterusnya harus berikan terbaik,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir pertama semalam, skuad kebangsaan berjaya membawa bekalan tipis ke Bangkok apabila menang 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala, aksi separuh akhir kedua akan berlangsung pada Selasa ini.

Menurut Sharul Nazeem, mereka tidak boleh bertahan sepenuhnya pada perlawanan separuh akhir kedua dan harus mencari gol bagi memberi tekanan kepada Thailand.

“Semua pemain harus fokus dalam 90 minit bagi memastikan mereka tidak dibolosi seperti semalam. Pemain kena bersedia untuk terima asakan dari Thailand, sesiapa saja yang bermain harus fokus selama 90 minit.

“Kita akan lihat apa pelan jurulatih, jika kita dapatkan gol di sana ia sangat bagus,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya