Pas yakin PN rampas Selangor - Utusan Malaysia

Pas yakin PN rampas Selangor

PAS PN
AHMAD YUNUS HAIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas Selangor optimis Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekaligus mengambil alih negeri ini biarpun dinafikan pihak lawan. 

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, keyakinan itu berlandaskan beberapa faktor dan perkembangan terkini reaksi rakyat yang didakwa muak dengan pembohongan dan janji palsu Pakatan Harapan (PH)

“Calon PH dan Barisan Nasional (BN) kecundang di enam kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“PH dilihat tidak berkemampuan membawa imej diinginkan rakyat dalam pentadbiran apatah lagi sanggup berkerjasama dengan BN yang selama ini menyerang mereka sebagai kleptokrat dan serba pincang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, rakyat turut belum melihat penyelesaian memuaskan mengenai isu seperti kos hidup, banjir, pengurusan cerun dan tanah tinggi serta pencemaran air.

“Kita mahu kerajaan negeri berintegriti dan membela nasib selain membawa pembangunan kepada rakyat serta negeri. Ia bukannya kerajaan yang populis dan gemar menabur janji tetapi gagal membantu dan menangani masalah,” ujarnya.

Justeru, Ahmad Yunus memberitahu, ‘gelombang hijau’ akan membawa kemenangan besar pada Pas dan PN seperti PRU lalu termasuk undi daripada anak muda.

“Kita yakin akan mampu mengambil alih kerajaan negeri dengan menjanjikan sebuah pentadbiran bersih dan stabil seperti dikehendaki rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya