Pantai Sungai Kajang hutan simpan paya bakau - Utusan Malaysia

Pantai Sungai Kajang hutan simpan paya bakau

Pantai Sungai Kajang
HEE Loy Sian ditemui pemberita selepas menyaksikan pelancaran Festival Tanglung dan Bunga sempena Tahun Baharu Cina 2023 dekat Jenjarom di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pengunjung Pantai Sungai Kajang di Tanjong Karang, Kuala Selangor selepas ini perlu memohon permit untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan aktiviti rekreasi atau beriadah di sana.

Permohonan tersebut adalah diwajibkan selepas kawasan berkenaan didakwa merupakan sebahagian daripada hutan simpan paya bakau yang dilindungi bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, pencerobohan berlaku melibatkan aktiviti pembersihan untuk perkelahan, rekreasi dan perniagaan menyebabkan kawasan pantai itu disita.

“Kalau hendak masuk hutan simpan, kena mohon (permit). Kita memang hendak memelihara atau memulihara hutan paya bakau kerana berlaku pencerobohan yang merosakkan persekitaran terutama pokok bakau.

“Bukan kita hendak sekat mereka (penduduk tempatan), kerana kita hendak menjaga alam sekitar, terlalu ramai orang ada di sana. Kita memang hendak membuat penanaman semula paya bakau di kawasan berkenaan. Jadi, dakwaan kita sengaja untuk sekat dan tidak benarkan mereka beriadah adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Festival Tanglung dan Bunga sempena Tahun Baharu Cina 2023, hari ini.

Terdahulu, tindakan JPNS menyita Pantai Sungai Kajang pada 10 Januari lalu mengelirukan penduduk setempat selepas kawasan terbabit didakwa sudah dibersihkan selepas menjadi tempat pembuangan sampah haram.

Malah, penduduk di sana dikatakan membersihkan kawasan itu secara bergotong royong termasuk meletakkan bangsal, meja dan kerusi sumbangan pihak tertentu untuk keselesaan pengunjung.

Bagaimanapun, Loy Sian menjelaskan, pihaknya akan berbincang dengan JPNS bagi menyelesaikan pertikaian tersebut selain memudahkan penduduk setempat untuk beriadah di sana.

“Terlalu ramai orang dan peniaga di sana sampai hilang kawalan, jadi kita tak mahu tragedi (insiden tidak diingini) berlaku. Saya akan turun padang dan melihat sendiri kawasan tersebut. Saya akan turun padang dan melihat sendiri kawasan tersebut.

“Saya akan bincang dengan JPNS berkenaan tindakan yang diambil. Kalau hendak mencantikkan atau membersihkan kawasan saya rasa tiada masalah. Kawasan hutan simpan bukan tak boleh dijadikan tempat pelancongan, tetapi kena ada kawalan,” jelasnya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Loy Sian memaklumkan pihaknya sedang membangunkan sistem permohonan permit masuk ke hutan simpan secara dalam talian dan dijangka dapat digunakan pada pertengahan tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya