Operator maut motosikal hilang kawalan akibat diserang sawan

Operator maut motosikal hilang kawalan akibat diserang sawan

MANGSA disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Jalan Guar Cempedak-Yan di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dipercayai akibat diserang sawan di Jalan Guar Cempedak-Yan, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohamad Fikri Zainol, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM E Bonus dalam perjalanan dari arah pekan Yan ke Guar Cempedak.

“Setibanya di lokasi kejadian berhampiran pasar borong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, mangsa dipercayai diserang sawan menyebabkan motosikal ditungganginya hilang kawalan dan terjatuh ke kanan jalan.

“Akibat hentakan kuat semasa terjatuh, mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Lintang, Simpang Tiga Sedaka cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Kata Shahnaz, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk ujian saringan Covid-19 serrta bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya