‘Nurul Izzah layak namun tidak boleh dilantik bapa sendiri’ 

‘Nurul Izzah layak namun tidak boleh dilantik bapa sendiri’ 

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempunyai kelayakan menjadi penasihat kanan ekonomi dan kewangan namun pelantikannya itu mendatangkan kemarahan rakyat kerana dilakukan bapanya sendiri.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dinafikan mempunyai integriti serta yakin memiliki keupayaan menguruskan isu yang timbul sekarang.

“Nurul Izzah adalah pemimpin yang sangat berharga kepada negara, cuma yang menjadi isu adalah pelantikan itu dibuat oleh bapanya.

“Jika kementerian lain yang melantik Nurul Izzah, masalah ini tidak akan timbul. Sudah tentu ia menjadi kegusaran,” katanya hari selepas membentangkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2022 di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.

Melihat perkara tersebut dari sudut positif, Muhammad berpendapat Anwar memerlukan seseorang yang benar-benar boleh dipercayai untuk menjalankan alasan bagi pihak perdana menteri.

“Saya harap Perdana Menteri boleh buat sedikit penyelarasan supaya bakat Nurul Izzah tidak disia-siakan namun pada masa yang sama kemelut mengenai isu bapa-anak ini dapat diselesaikan. Perkara ini perlu supaya isu nepotisme dan konflik kepentingan tidak timbul,” jelasnya.

Dalam pada sama, Muhammad tidak bersetuju dengan lantikan itu kerana ia memberi isyarat yang salah kepada seluruh rakyat.

Katanya, langkah diambil Anwar itu akan ditafsirkan sebagai kembalinya amalan kronisme dan nepotisme di negara ini.

“Pada pandangan kami, ia memberi isyarat yang salah dan saya khuatir jika tidak diperbetulkan, ia akan diambil kira dalam persepsi umum di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya