Noh Omar dipecat UMNO

Noh Omar dipecat UMNO

NOH Omar dipecat dari UMNO selepas diputuskan MKT di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat serta-merta daripada parti.

Beliau ketika ditemui berkata, perkara itu diminta sendiri olehnya sewaktu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) setelah keputusan dibuat untuk menggantung dirinya selama enam tahun.

Namun, Noh berkata, keputusan penggantungan oleh MKT itu tidak memberi sebarang makna dan beliau rela dipecat daripada parti.

“Bila diumum saya digantung, jangan gantung, pecat lebih baik. Untuk apa saya berada dalam perjuangan parti, untuk apa saya duduk dalam parti yang saya telah berkorban sejak 1976, saya berkorban untuk parti tapi nampaknya hari ini gunakan parti untuk kepentingan peribadi, untuk apa?

“Betul, UMNO akan buat pemutihan, yang lawan akan dipecat. Yang selamat siapa? Presiden lah,” katanya di menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai respon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta untuk dipecat, Noh berkata, Ahmad Zahid bersetuju dengan permintaannya.

“Lain-lain semua diam. Presiden kata, kalau nak pecat, kita pecatlah. Dengan ini saya pecat Tan Sri Noh.

“Saya kata terima kasih. Apa gantung-gantung? Gantung serta-merta, sebab itu saya keluar dari mesyuarat,” ujarnya.

Tambah Noh lagi, pemecatan itu tidak dijelaskan alasan secara terperinci, namun Presiden memaklumkan yang ia adalah keputusan Lembaga Disiplin parti.

“Lembaga disiplin panggil saya Isnin ini. Tetapi saya sudah digantung hari ini. Apa ni?” soalnya.

Terdahulu, Noh memaklumkan yang beliau telah dipanggil Lembaga Disiplin untuk memberi keterangan pada 30 Januari ini kepada Lembaga Disiplin parti itu.

Antara lain yang turut dipanggil adalah beberapa pimpinan tertinggi Tanjong karang dengan alasan mensabotaj parti dan berkempen untuk calon lain ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam surat itu juga, lima individu berkenaan diminta menghadiri sesi pendengaran oleh Lembaga Disiplin pada pukul 2.30 petang di ibu pejabat UMNO untuk pendengaran aduan dan membuat perakuan atau sebaliknya.

Noh sebelum ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas menyifatkan tidak lagi memperoleh kepercayaan daripada Presiden UMNO.

Katanya, keputusan peletakan jawatan itu dibuat selepas Ahmad Zahid dilihat hilang kepercayaan kepadanya semasa PRU15 termasuk tidak dipanggil untuk berbincang mengenai proses pemilihan calon bertanding sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya