Neyo gegar dewan Planery, KLCC - Utusan Malaysia

Neyo gegar dewan Planery, KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SAYA sayang Malaysia.” Ungkapan itu terpacul dari mulut penyanyi R&B antarabangsa, Neyo. 

Penyanyi berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu baru-baru ini menggegarkan pentas Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menerusi konsert Neyo Live In Malaysia. 

Kehadiran Neyo atau nama sebenarnya Shaffer Chimere Smith ke Kuala Lumpur sedikit sebanyak mengubat rindu peminat yang sekian lama menantikan momen istimewa tersebut. 

Lebih 3,000 penonton hadir demi menyaksikan sendiri Neyo beraksi secara live di hadapan mereka. 

Tidak ketinggalan, peminat yang datang dari Singapura dan Brunei. Artis tempatan juga tidak ketinggalan hadir menonton persembahan Neyo. 

Antara yang kelihatan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Diana Danielle, Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Joe Flizzow dan ramai lagi. 

Sebanyak 24 lagu dipersembahkan penyanyi berusia 43 tahun itu pada malam tersebut. Neyo membuka tirai persembahan dengan 10 lagu hitsnya. 

Antara yang didendangkan diawal konsert adalah Miss Independent, She Knows, Because of You / Nobody, Champagne Life, Sexy Love, One in a Million. 

Persembahan bertenaga Neyo, yang bermula sekitar 8.30 malam diiringi empat penari wanita. 

Persembahan memukau malam itu juga diiringi beberapa pemuzik yang diterbangkan khas dari AS memukau penonton yang rata-rata turut menyanyikan bersama lagu-lagu yang didendangkan. 

Antara momen istimewa pada konsert tersebut adalah persembahan nyanyian secara akustik yang menggabungkan tiga lagu juara carta penyanyi itu termasuk Do You, Mad dan You Should Let Me Love You. 

Dalam masa sama, Neyo turut mempersembahkan beberapa lagu ciptaannya seperti Take a Bow yang dipopularkan penyanyi terkenal, Rihana serta Irreplaceable (Beyonce). 

Neyo Live In Malaysia juga merupakan sebuah rangka jelajah dunia bagi mempromosikan album terbarunya yang bertajuk Self Explanatory. 

Penyanyi yang dilahirkan di Arkansas itu sempat menghadiahkan peminat dengan persembahan lagu baharunya seperti You Got the Body, U 2 Luv dan Push Back. 

Pada penghujung konsert, Neyo meninggalkan peminat dengan Let’s Go, Give Me Everything, Time of Our Lives dan Reprise. 

Meskipun hanya menikmati konsert tersebut selama dua jam, rata-rata peminat pulang berpuas hati

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya