PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof nafi terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah seperti tular di media sosial ketika ini.
Fadillah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai khasnya di Pusat Khidmat P.194 Petra
Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan.
“Untuk rekod poster palsu sama pernah disebarkan melalui perkongsian di media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Laporan polis juga pernah dibuat oleh pegawai saya pada 3 September 2022 mengenai penyebaran poster berkenaan di media sosial,” katanya.
Katanya, beliau ingin menyatakan bahawa tidak terlibat dengan pelaburan itu dan tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya. – UTUSAN