Mualaf berkumpul sambut Tahun Baharu Cina

Mualaf berkumpul sambut Tahun Baharu Cina

MUHAMMAD Firdaus Kong Abdullah (tengah) bersama rakan-rakan mualaf meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah restoran di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 23 mualaf yang tidak dapat pulang ke kampung menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tetap ceria apabila mereka mengambil inisiatif meraikan perayaan tersebut di sebuah restoran di sini, semalam.

Mereka berkumpul di restoran tersebut untuk acara makan besar bersama-sama dan menggaul yee sang yang menjadi sajian tradisi masyarakat Tionghua sempena sambutan tersebut.

Seorang mualaf yang berasal dari Sarawak, Muhammad Firdaus Kong Abdullah, 53, berkata, mereka mempunyai hubungan yang akrab memandangkan sering terlibat dalam pelbagai aktiviti keagamaan anjuran Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Menurutnya, terdapat dalam kalangan mualaf di sini yang tidak dapat pulang ke kampung halaman pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini kerana faktor kekangan masa dan jarak.

“Oleh itu, kami ambil ke­sempatan ini untuk meraikannya bersama-sama agar mereka tidak terlalu bersedih.

“Selain itu, dapat juga mengeratkan lagi hubungan antara kami semua golongan mualaf di Terengganu melangkaui pelbagai bangsa dari seluruh Malaysia,” katanya.

Seorang lagi mualaf, Nur Kaalishah Shandlaysnie, 36, pula berkata, majlis seumpama itu tidak terhad untuk perayaan Tahun Baharu Cina sahaja sebaliknya turut diadakan untuk setiap perayaan yang lain.

“Selagi mana ia tidak me­langgar syarak, ia boleh dilakukan seperti yee sang kerana ia hanya satu tradisi yang sinonim di Malaysia dan bukanlah satu kepercayaan agama.

“Alhamdulillah, aktiviti sebegini banyak hikmahnya kerana kami dapat mengenali budaya masyarakat lain,” katanya yang memeluk Islam sejak lima tahun lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya