PUTRAJAYA: Selain Khairy Jamaluddin, ada beberapa lagi ahli UMNO lain yang bakal berdepan tindakan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam esok. Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar hari ini. Ditanya lanjut siapa individu lain itu, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu, sebaliknya meminta media supaya menunggu sehingga esok bagi mendapatkan jawapan sebenar. “Tidak boleh beritahu awal, malam esok baru ada keputusan. Sila datang beramai-ramai kalau nak mengetahui senarai-senarai mereka yang terlibat itu. “Tunggulah apabila MKT membuat mesyuarat esok. Tentunya, mesyuarat esok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya