MetMalaysia beri amaran hujan berterusan, ribut petir - Utusan Malaysia

MetMalaysia beri amaran hujan berterusan, ribut petir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga 26 Januari ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, monsun itu berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri Timur Semenanjung dalam tempoh bermula 22 sehingga 26 Januari ini.

“Berdasarkan analisis-analisis model cuaca, kita meramalkan luruan monsun akan memasuki rantau negara ini yang berpotensi menghasilkan hujan berterusan di negeri-negeri Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan dengan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa bermula Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, MetMalaysia juga meramalkan ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

“Amaran bagi angin kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan juga akan berkuatkuasa sehingga 25 Januari 2023 ini.

“Orang ramai juga adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN