Menangis, terkencing dicekup berkhalwat malam tahun baharu

Menangis, terkencing dicekup berkhalwat malam tahun baharu

SEBAHAGIAN daripada pasangan yang ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan oleh JAIJ di sebuah hotel di Senai, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Menangis dan terkencing. Itulah antara reaksi yang dapat disaksikan oleh pasangan yang dicekup kerana berkhalwat dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di daerah ini, malam tadi.

Pengarahnya, Datuk Md. Rofiki Shamsudin berkata, meneruskan operasi yang dijalankan selama kira-kira tiga jam di 10 lokasi berasingan itu, seramai 15 pasangan ditahan.

Kesemua yang ditahan melibatkan 15 lelaki dan 15 wanita berusia antara 22 hingga 38 tahun.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 18 warga tempatan dan 12 warga asing melibatkan rakyat Indonesia, Nepal dan Bangladesh.

“Tujuan Op Ambang Tahun Baharu 2023 ini diadakan untuk membanteras perbuatan maksiat serta aktiviti yang tidak bermoral daripada terus berleluasa.

“Lazimnya pada waktu sambutan percutian memang kita akan adakan, sebab biasanya mereka yang terlibat dalam kesalahan seperti ini pilih tarikh cuti am. Jadi, kita laksana mengikut keperluan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi berkenaan.

Tambah Md. Rofiki, kesemua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang tahun 2022, pihaknya telah melaksanakan sejumlah 1,692 operasi dengan seramai 655 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah syariah telah ditahan.

“Operasi ini dijalankan di seluruh Johor dengan bilangan kes didapati meningkat pada 2022 berbanding 2021.

“Sehubungan itu, kita akan meneruskan usaha penguatkuasaan ini selain turut meningkatkan pelbagai program pencegahan termasuk program-program di sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya