MBPJ umum 24 Ahli Majlis baharu 

MBPJ umum 24 Ahli Majlis baharu 

MOHAMAD Azhan Md. Amir (tengah) yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya bersama 24 Ahli Majlis baharu selepas Majlis Pengakuan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis Penggal 2023, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan senarai nama 24 Ahli Majlis baharu di dalam satu Majlis Pengakuan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis Penggal 2023, semalam. 

Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan, Ahli Majlis yang dilantik diharap dapat bekerja keras dan menjalin hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat di kawasan zon pentadbirannya tanpa mengira kaum. 

Katanya, ia bagi membantu MBPJ mewujudkan sebuah bandar raya kondusif untuk bekerja dan didiami oleh semua selari dengan visi menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya pintar, mampan, berdaya tahan dan dinamik. 

“Peranan Ahli Majlis di pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar-dasar Majlis selari dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor. 

“Di samping itu, menggerakkan masyarakat untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program yang dianjurkan serta sebagai perantaraan antara Majlis dan warga Petaling Jaya,” kata kenyataan itu. 

Majlis mengangkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hadapan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat MBPJ, di sini. 

Berikut adalah senarai nama Ahli Majlis Penggal 2023 :

  1. G. Suriase – Zon 1
  2. Chan Pak Keung – Zon 2 
  3. Tang Fuie Koh – Zon 3 
  4. Mohd Ikhsan Mohamad Din – Zon 4 
  5. Quratulain Atiqah Norzahrul Anuar – Zon 5 
  6. Sakinah Bibi Nagoor – Zon 6
  7. Leong Chee Cheng – Zon 7 
  8. Wong Swee Sang – Zon 8
  9. Yip Sean Yi – Zon 9
  10. Chang She-Yun – Zon 10
  11. Sr. K.Thayalan – Zon 11
  12. Derek John Fernandez – Zon 12
  13. Ng Yih Miin – Zon 13
  14. A. Sugumaran – Zon 14
  15. Ermeemarianna Saadon – Zon 15
  16. Terence Tan Teck Seng – Zon 16 
  17. Norah Mansor – Zon 17
  18. Ahmad Akhir Pawan Chik – Zon 18
  19. R.K.Nalina Nair – Zon 19
  20. Ong Yew Thai – Zon 20
  21. Rozazitah Ahmad – Zon 21
  22. Rahibah Che Omar – Zon 22
  23. Zamri Mohamad – Zon 23
  24. Ridzuan Ahmad @ Awang – Zon 24

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya