Mayat warga asing ditemukan di parkir kondominium

Mayat warga asing ditemukan di parkir kondominium

A. ASMADI ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mayat seorang pekerja warga asing ditemukan dalam keadaan terbaring atas hamparan kotak di kawasan meletak kereta sebuah kondominium dalam pembinaan di Presint 15, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan tentang penemuan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati si mati merupakan warga Bangladesh yang bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, si mati yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai mengalami serangan jantung dan tiada sebarang kecederaan luaran lain yang ditemui,” katanya ketika dihubungi.

A. Asmadi berkata, hamparan kotak itu dijadikan sebagai tempat berehat di bahagian bawah tanah kondominium sedang dalam pembinaan itu.

“Majikan si mati turut berada di lokasi dan kesemua saksi akan diambil keterangan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kejadian selepas keputusan ujian Covid-19 si mati diperoleh,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya