Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung

Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung berhampiran Pulau Perhentian

pulau perhentian
KEADAAN mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan di perairan berhampiran Pulau Perhentian, Besut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan di perairan berhampiran Pulau Perhentian di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mayat itu dijumpai kira-kira 11 kilometer (km) dari pulau tersebut.

Menurut beliau, mayat wanita berkenaan dijumpai seorang pemancing yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Perhentian.

“Pemancing itu bertindak menarik dan mengikat mayat tersebut di sebuah unjang bagi mengelakkan daripada hanyut sebelum membuat laporan polis.

“Memandangkan cuaca buruk, pihak polis hanya dapat ke lokasi kejadian, hari ini dan menemukan mayat wanita itu masih terapung berdekatan kawasan unjang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa dijumpai dalam keadaan hanya berbaju dan bersarung tangan dan pihaknya belum dapat mengenal pasti warga negara atau identiti mayat wanita berkenaan.

Katanya, siasatan awal juga tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya