Mayat dalam bagasi dipercayai dibunuh 12 jam sebelum ditemukan

Mayat dalam bagasi dipercayai dibunuh 12 jam sebelum ditemukan

BAGASI yang diletakkan mayat dipotong enam bahagian di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Rawang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat warga asing dalam bagasi dipercayai telah meninggal kira-kira 12 jam sebelum ditemukan di Kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan, Rawang di sini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, buat masa ini tiada sebarang petunjuk berkaitan identiti mangsa selain tiada laporan diterima berkaitan kehilangan melibatkan mayat tersebut.

S. SASIKALA DEVI

“Berdasarkan siasatan awal mendapati mayat warga asing itu dipercayai telah meninggal 12 jam sebelum ditemukan orang awam di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan hasil awal laporan bedah siasat mendapati mayat dalam bagasi itu dikenal pasti lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati mayat tersebut adalah lelaki bukan beragama Islam.

Katanya, hasil bedah siasat juga mendapati kecederaan di badan lelaki tersebut hasil dikerat beberapa bahagian.

Kelmarin, polis meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat dikerat dan disumbat dalam bagasi untuk tampil membantu siasatan.

Shafa’aton dilaporkan berkata, seorang lelaki menghubungi polis mengenai penemuan satu badan manusia bersama bagasi dalam keadaan tidak sempurna tanpa kepala, tangan dan kaki.

“Terdapat sebuah bagasi hitam berhampiran mayat dan di dalamnya terdapat kepala, tangan serta kaki disyaki milik mangsa.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Aruneswaari Arumugam di talian 012-6972996 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61574745 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya