Malaysia Madani bakal jadi slogan Kerajaan Perpaduan

Malaysia Madani bakal jadi slogan Kerajaan Perpaduan

AARON Ago Dagang (tengah) hadir melakukan lawatan kerja ke Muzium Senibina Malaysia di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Konsep Malaysia Madani dijangka akan digunakan sebagai slogan Kerajaan Perpaduan bertujuan melahirkan masyarakat bertamadun pada masa akan datang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementeriannya akan memberi tumpuan terhadap platform media sosial bagi memastikan konsep Malaysia Madani yang diketengahkan kerajaan dapat dihayati segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, ada ketikanya kandungan yang disampaikan dalam media sosial tidak tepat, malah sengaja memperbesarkan sesuatu isu.

Katanya, sehubungan itu konsep Malaysia Madani harus diselami dan dijiwai agar rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini dapat hidup harmoni serta bersatu padu.

“Pihak kementerian telah mengadakan lawatan ke setiap negeri bagi mempromosikan program baharu yang menyokong konsep Malaysia Madani. Program ini mencerminkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah masyarakat bertamadun, bebas memberi pandangan dan memupuk perpaduan.

“Ini juga merupakan norma baharu masyarakat masa depan yang ideal, menghormati satu sama lain, dapat bergaul dan bekerjasama walaupun berbeza bangsa, agama serta budaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan Negara di sini, semalam.

Tambah Aaron, kementeriannya memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan serta merangka pelbagai program yang akan menyokong Malaysia Madani seperti dihasratkan Perdana Menteri.

“Kalau dapat tangani masalah sosial, kita boleh hidup bersama tanpa ada masalah. Kita mahu perpaduan kekal di negara ini dan di situlah konsep Malaysia Madani atau masyarakat madani memainkan peranan.

“Media sosial merupakan antara tumpuan kementerian. Kadang-kadang mereka ini nakal sengaja mencetuskan isu. Saya harap masyarakat madani tidak akan percaya kepada isu yang tidak benar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya