Malaysia berjaya ketepi perintah tahanan waris Sulu

Malaysia berjaya ketepi perintah tahanan waris Sulu

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah mahkamah di Luxembourg bertindak mengetepikan perintah penahanan dimohon beberapa individu yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan yang bersejarah itu dicapai pada Selasa lalu dengan perintah itu diketepikan berasaskan dua ‘award’ timbang tara kerana dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah.

Individu tersebut, Dr. Gonzalo Stampa, memohon perintah berkenaan pada 11 Julai 2022 dan dikatakan telah diberi kepada kelompok penuntut terbabit sebanyak AS$14.92 bilion.

Malaysia ujarnya, membantah secara konsisten prosiding timbang tara terlibat yang dirancang penuntut itu malahan mengambil segala tindakan perundangan susulan.

Ini termasuk membatalkan pelantikan dan ‘award’ dikatakan itu yang turut menyaksikan mahkamah di Sepanyol kemudian membatalkan pelantikan Stampa dibuat sebelumnya.

Hasil tindakan Malaysia itu, mahkamah di negara tersebut yang melantik Stampa juga telah pun membatalkan ‘preliminary award’ secara retrospektif telah dikeluarkan di Madrid.

“Sebuah mahkamah di Perancis turut menggantung penguatkuasaan ‘final award’ itu yang juga dikatakan telah dikeluarkan sendiri oleh Stampa di negara berkenaan,” kata Azalina.

Mengulas lebih lanjut, beliau memaklumkan bahawa Malaysia telah dengan serta-merta membuat permohonan kepada mahkamah di Luxembourg bagi mendapatkan relif interim supaya perintah penahanan aset dimiliki oleh dua subsidiari syarikat petroleum kebangsaan, Petronas turut dapat diketepikan pihak mahkamah itu.

Pendengaran bagi permohonan tersebut sudah berlangsung pada 5 Disember 2022 di mahkamah negara berkenaan yang kemudian telah mengetepikan perintah penahanan.

Keputusan hakim di Luxembourg itu menjustifikasikan prinsip kerajaan Malaysia untuk mempertahankan kepentingan negara ini di mana-mana pentas forum antarabangsa.

“Usaha ini demi memastikan kepentingan,kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi serta terpelihara daripada cuba dituntut oleh pihak luar,” tegas Azalina.

Pada masa yang sama, beliau turut memberikan jaminan bahawa pihak kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan waris berkenaan terhadap Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya