KOTA KINABALU: Majlis angkat sumpah ahli Jemaah Menteri Sabah dijadualkan berlangsung di Istana Negeri esok.
Dalam satu surat yang ditularkan, majlis angkat sumpah itu akan berlangsung pada pukul 10 pagi esok.
Sekiranya majlis itu berlangsung, ia memberi gambaran Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan dengan ketua-ketua parti di Sabah semalam tidak akan terlaksana.
Lantikan baharu dalam Kabinet Negeri itu dipercayai akan membabitkan penyertaan ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah yang kini menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan dari Pejabat Ketua Menteri mengenai lantikan jemaah Kabinet Negeri yang baharu. –UTUSAN