MAIPs perkasa kempen kesedaran berwakaf - Utusan Malaysia

MAIPs perkasa kempen kesedaran berwakaf

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan bagi menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima terpilih selepas mengikuti Program Berbasikal Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf sekitar Kampung Santan dan Kampung Alor Sena, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang memperkasa kempen kesedaran berwakaf dalam kalangan rakyat di negeri ini bagi menggalakkan masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka.

Kempen dilaksanakan itu meliputi inisiatif seperti Wakaf Tunai Manfaat Am, Wakaf Al-Quran dan Kitab, Wakaf Pusat Komuniti dan Wakaf Ma’ As-Sabil (Air).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain Wakaf Tunai Am, MAIPs turut juga menawarkan pelbagai inisiatif Wakaf Tunai Khas membabitkan projek seperti Wakaf Khas Pusat Autisme Negeri Perlis (A-Heart), Wakaf Khas Pusat Rawatan Katarak MAIPs dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Wakaf Khas Penyelenggaraan dan Pembinaan Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam.

“Selain itu, inisiatif ini juga meliputi projek seperti Wakaf Siyanah (Penyelenggaraan Harta Wakaf), Wakaf Khadamad (Perkhidmatan, Kepakaran) dan Wakaf Pendidikan Tinggi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs secara tunai bernilai RM700 setiap seorang, beras dan bekalan makanan mentah kepada asnaf warga emas yang menghidap masalah kesihatan.

Penyampaian sumbangan itu diberikan kepada Zaharah Ismail, 85, Salehudin Mohamad, 63, dan Meriam Nopiah, 80.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor turut berkenan bagi mengikuti Program Berbasikal Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf sekitar Kampung Santan dan Kg Alor Sena. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya