MAIPs main peranan jayakan misi pendidikan - Utusan Malaysia

MAIPs main peranan jayakan misi pendidikan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Shahrani, Behor Lateh, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan turut memainkan peranan dalam menjayakan misi pendidikan negeri dan juga negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, MAIPs akan terus prihatin tentang perkembangan dan keperluan pendidikan khasnya di sekolah agama rakyat di negeri ini.

“Harapan juga agar guru-guru akan terus mencetuskan perubahan dan menjadi golongan yang berimpak tinggi dalam masyarakat.

“Ini adalah kerana sesungguhnya peranan guru sebagai murabbi ummat sangat mustahak bagi melahirkan masyarakat yang berilmu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM8,000 sempena Program Hijrah Minda Bilangan-2 2023 kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Shahrani, Behor Lateh di sini hari ini.

Para penerima masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan amil kariah, Mohizan Mohammad.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menyerahkan replika kunci rumah baharu sumbangan MAIPs kepada Haslinda Mohamad.

Selesai program, baginda menyantuni rumah asnaf, Dahaman Mohamad,84, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal seorang diri di Kampung Behor Lateh bagi menyampaikan sumbangan zakat MAIPs.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya