Lelaki pukul pengedar dadah maut serah diri - Utusan Malaysia

Lelaki pukul pengedar dadah maut serah diri

Diraba
AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR @ SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang dicari bagi siasatan kes pengedar dadah mati dipukul berjaya ditahan polis selepas tampil menyerah diri, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, soal siasat awal mendapati lelaki itu tidak mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

“Suspek yang tidak memiliki rekod lampau itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Ridhwan, pihaknya turut sedang giat mengesan suspek yang masih bebas.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hayat seorang pengedar dadah berakhir selepas lima hari bertarung nyawa di hospital akibat dipukul objek tumpul ketika mengedar barang terlarang itu.

Mangsa yang juga kelindan lori berusia 24 tahun itu dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan dekat sebuah kedai runcit sekitar Olak Lempit, Banting, 11 Januari lalu.

Lelaki yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang itu meninggal dunia pukul 2.15 pagi, Isnin minggu lalu, akibat kecederaan hentakan di kepala.

Dua lelaki yang juga pengawal keselamatan kemudian turut diberkas secara berasingan di sekitar Banting pada 13 dan 16 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya