Lelaki maut, dua parah dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut, dua parah dalam kemalangan

Maut parah kemalangan
PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan itu di susur keluar Bukit Raja dari Lebuhraya Persekutuan, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut manakala dua parah akibat tersepit dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar Bukit Raja, Lebuhraya Persekutuan di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 57 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.47 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan dan lima kenderaan lain yang berlanggar dari arah belakang. Perlanggaran itu mengakibatkan tiga mangsa tersepit termasuk dua yang telah dikeluarkan orang awam,” katanya.

Jelas jurucakap itu, dua mangsa yang parah itu diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dihantar ke hospital dengan ambulans.

“Seorang lagi lelaki yang tersepit dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan sudah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi memotong kenderaan dan mengeluarkan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya