Lelaki ditahan curi kabel dan penyambung tembaga

Lelaki ditahan curi kabel dan penyambung tembaga

ANGGOTA polis menahan suspek selepas mencuri kabel dan wayar tembaga di pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kelibat seorang lelaki yang sering berkeliaran di kawasan pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Cinta Sayang, di sini akhirnya terbongkar selepas dia ditahan kerana mencuri kabel dan penyambung tembaga, awal pagi kelmarin.

Lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar itu ditahan pada pukul 6.10 pagi oleh kakitangan syarikat terbabit yang membuat pemantauan selepas curiga dengan kehadirannya di kawasan larangan milik syarikat telekomunikasi, di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, ketika ditahan kakitangan syarikat itu, tiga batang tembaga dan dua penyambung tembaga turut dirampas daripada suspek.

“Sebaik dimaklumkan penahanan suspek, kita menghantar Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk menangkap semula suspek. Siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku mencuri kabel dan wayar tembaga di situ seorang diri,” katanya.

Zaidy berkata, suspek dan barang rampasan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati suspek yang kini direman telah berkahwin dan tidak mempunyai rekod lampau dadah atau jenayah. Suspek juga mengaku dia mencuri kabel dan wayar tembaga itu untuk dijual di premis kitar semula berikutan harganya mahal,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya