Laporan struktur LRT rosak dalam masa terdekat

Laporan struktur LRT rosak dalam masa terdekat

Orang awam menggunakan perkhidmatan LRT yang menghubungkan bandar sekitar Lembah Klang di Stesen LRT KL Sentral. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menunggu laporan berkaitan kerosakan struktur landasan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Bandaraya baru-baru ini sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kerja-kerja penilaian sedang dibuat pihak jurutera bagi mengenal pasti kebolehupayaan ia beroperasi seperti sedia kala supaya masyarakat tidak lagi mengalami kelewatan.

Jelas beliau, laporan tersebut akan dikemukakan kepada (MOT) pada 30 Januari ini.

“Kita masih menunggu laporan daripada pihak Rapid Rail dan juga jurutera. Saya tak dapat memberikan jaminan sekarang.

“Kita akan buat keputusan dan pengumuman yang lanjut selepas terima laporan. Mungkin dalam sehari dua lagi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan pengguna.

Ini terjadi disebabkan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT tersebut yang dipercayai berpunca daripada keretakan pada tiang yang menyokong landasan.

Anthony yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, kementeriannya memberi ruang untuk jurutera terlibat menilai struktur dan kekuatan landasan tersebut.

“Walaupun saya faham penutupan stesen itu memberikan gangguan kepada orang ramai. Tetapi saya berharap para penumpang dapat memahami bahawa kita mesti utamakan keselamatan. Itu yang paling penting,” katanya.

Tambahnya, pengguna LRT laluan Ampang disaran merancang semula perjalanan mereka supaya tidak terlalu terkesan dengan kelewatan dihadapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya