Langkah London: Saya tak ulas khabar angin - Ahmad Zahid

Langkah London: Saya tak ulas khabar angin – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya ada dengar khabar angin tapi tidak buat keputusan (enggan mengulas) berdasarkan khabar angin,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Itu komen ringkas Ahmad Zahid berhubung khabar angin mengaitkan ada gerakan untuk menukar kerajaan dipanggil Langkah London.

Baru-baru, tular di media sosial memaparkan individu mirip Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengadakan pertemuan tertutup di sebuah lokasi di London.

Pertemuan yang disebut sebagai Langkah London itu bagaimanapun tidak disahkan oleh mana-mana pimpinan parti berkenaan.

Malah, Langkah London itu didakwa turut didalangi dan disertai beberapa pimpinan UMNO.

Gambar itu turut dikaitkan spekulasi untuk menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO yang kini dilantik Timbalan Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, semalam, Naib Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terlibat dengan Langkah London itu.

Menurut Ismail Sabri, sejak berakhirnya pilihan raya umum (PRU) lalu, beliau mengakui sentiasa mengelak daripada menjadi mangsa sebarang fitnah atau spekulasi.

Ismail Sabri turut memaklumkan beliau tidak pergi atau bercuti ke London baru-baru ini tetapi hanya menghabiskan masa bersama keluarganya di Dubai – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya