Kura-kura 'ceroboh' lagi Lapangan Terbang Sandakan

Kura-kura ‘ceroboh’ lagi Lapangan Terbang Sandakan

SEEKOR kura-kura yang dikesan cuba menceroboh landasan Lapangan Terbang Sandakan, Sabah baru-baru ini. - FOTO IHSAN MAHB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas dua lapangan terbang masing-masing di Pahang dan Sarawak ‘diceroboh’ kura-kura, kini satu lagi terminal udara menjadi ‘mangsa’ terbaharu di landasan Lapangan Terbang Sandakan di Sabah.

Menurut satu hantaran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi laman sosial rasminya, insiden dianggap sebagai nadir itu namun tidak menjejaskan terminal tersebut selepas kelibatnya berjaya dikesan pasukan petugas di situ.

“Eh, si kura-kura datang! Suka betul dia dengan lapangan terbang ini kan? Okay sudah cik kura-kura jangan lama bergambar di landasan, bahaya!” nukil kapsyen agensi berkenaan.

Awal bulan lalu, MAHB melaporkan pencerobohan haiwan tersebut di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, manakala sebulan sebelum itu ia ada di Limbang.

Hantaran itu turut menjelaskan bahawa haiwan liar dilarang berada di landasan kerana ia berpotensi menjadi objek asing yang menyebabkan kerosakan pesawat atau disebut FOD.

Secara kebetulan, lapangan terbang mula dibina ketika era Perang Dunia Kedua lebih 70 tahun itu terletak tidak jauh dari Tasik Kuni dan landasannya pula menghadap Laut Sulu.

Difahamkan kura-kura ini merupakan jenis disebut sebagai padi atau katup atau dirujuk Amboina box turtle kerana spesies ini mula didaftarkan di Ambon, Indonesia pada 1856 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya