KPM komited pastikan 17 sekolah daif diselenggara segera - Utusan Malaysia

KPM komited pastikan 17 sekolah daif diselenggara segera

FADHLINA Sidek ketika melawat SK Keledang Jaya di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam memastikan penyelenggaraan bagi 17 buah sekolah di bawah kategori daif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dapat dilakukan segera.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah yang terlibat adalah sekolah yang sudah dibangunkan, namun berdepan beberapa isu termasuk kerosakan dari segi struktur bangunan yang usang dan lain-lain penyelenggaraan.

“Sekolah terlibat dah dibangunkan tapi ada isu-isu lain yang timbul sebagai contoh kekurangan pekerja, kerosakan struktur bangunan yang menyebabkan ia tertangguh dan lewat.

“Jadi, kita sedang lihat dan mahu pastikan kerja penyelenggaraan untuk sekolah ini disegerakan mengikut tempoh masa supaya kita boleh indahkan status daripada sakit kepada ditender semula.

“Maknanya (proses) akan bergerak mengikut yang sepatutnya dan dapat disiapkan dengan segera,” katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Keledang Jaya, Changkat dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menambah, KPM memperuntukkan sebanyak RM550,000 kepada dua buah sekolah di Nibong Tebal iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh (RM300,000) dan SK Keledang Jaya (RM250,000).

Jelas beliau, SMK Sungai Acheh memerlukan penyelenggaraan kantin dan beberapa bahagian bangunan sekolah yang daif dengan kadar segera.

“Bagi SK Keledang Jaya juga melibatkan penyelenggaraan fasiliti dan bangunan sekolah,” katanya.

Beliau berkata dengan mengadakan program lawatan ke sekolah secara berterusan diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan KPM menerusi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing khususnya dalam memastikan kesejahteraan warga sekolah dapat dicapai.

“KPM sangat mengambil berat tentang isu sekolah daif ini yang melibatkan penyelenggaraan dan projek-projek yang tertangguh khususnya bagi memastikan kesejahteraan anak murid dan guru terjamin.

“Jadi, menerusi siri lawatan yang dilakukan ini kita harap dapat lihat hasilnya selaras dengan ‘tagline’ ‘murid ceria, guru bahagia, sekolah bintara, negara sejahtera’,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya