KPM baik pulih gangguan capaian sistem aplikasi PBD

KPM baik pulih gangguan capaian sistem aplikasi PBD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan aplikasi utama guru bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi meningkatkan kestabilan capaian melibatkan beberapa aplikasi utama iaitu Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idMe) yang merupakan sistem Daftar Diri Tunggal (Single Sign On (SSO)) bagi setiap pengguna aplikasi KPM.

Menurutnya, sehingga hari ini, prestasi capaian adalah semakin baik, namun ia masih belum pulih sepenuhnya.

“Pemantauan prestasi capaian sistem dan tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu gangguan capaian dapat diatasi secara menyeluruh.

“Para guru juga mempunyai tempoh sehingga 10 Mac depan untuk melaksanakan aktiviti perekodan dan pelaporan PBD sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kerja PBD Akhir Sesi Akademik 2022/2023,” katanya hari ini.

Gangguan capaian sistem itu mula dikesan pada 15 Januari lalu disebabkan trafik capaian amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan PBD.

Bagaimanapun, KPM mengambil tindakan pemulihan interim pada pangkalan data serta sistem aplikasi terlibat dan dapat mengatasi salah satu isu yang dikenal pasti iaitu konflik capaian di antara idMe dan modul aplikasi MOEIS sehari berikutnya.

Namun begitu, katanya, gangguan capaian kepada sistem dikesan berlaku semula secara tenggelam timbul (intermittent) pada 19 Januari lalu.

“KPM memahami kesulitan yang dihadapi oleh para guru dan memohon maaf atas masalah tersebut serta akan memastikan supaya prestasi capaian aplikasi KPM adalah di tahap yang cemerlang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya